Press Releases & News Clippings

Stesen Jana Kuasa Penjanaan Bersama Pengerang dilancar

04 November 2014 - Utusan Borneo Sarawak
Petronas sediakan stim dan kuasa terjamin urituk loji-loji lain

PENGERANG: Petronas melangkah setapak lagi ke hadapan bagi merealisasikan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dengan bermulanya projek Stesen Jana Kuasa Penjanaan Bersama Pengerangnya.

Naib Presiden bagi Prasarana'dan Utilitinya Pramod Kumar Karunakaran berkata stesen janakuasabernilaiRMS bilion itu memainkan peranan penting dalam menyediakan stim dan kuasa terjamin bagi memenuhi keperluan loji-loji lain dalam kawasan PIC dan membekalkan kepada keperluan grid kuasa seraenanjung.

"Pada kemuncakpengeluarannya, stesen jana kuasa penjanaan bersama Pengerang itu dijangkamemerlukan kira-kira 2,000 pekerja dengan pelbagai disiplin dan kemahiran," katanya kepada pemberita pada upacara pecah tanah projek tersebut di sini, semalam.

Pramod berkata stesen jana kuasa itu adalah satu daripada enam kemudahan berkaitan yang akan dibangunkan dalam PIC, yang mana merupakan sebahagian daripada Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang yang dimajukan bagi menjadi enjin pertumbuhan baharu Malaysia.

Dibangunkan di kawasan seluas 2,43 hektar, PIC akan melibatkan pelaburan bernilai kira-kira AS$27 bilion dan operasilojipenapisannyadijangka 0 bermula pada awal 2019. 
Dilaporkan bahawa Petronas memberikan kontrak kejurut'eraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi stesen jana kuasa penjanaan bersama Pengerang yang berkuasa 1,200 megawatt itu kepada satu konsortium terdiri daripada unit MMC, MMC Engineering Services Sdn Bhd, Siemens AG dan Siemens Malaysia. 

Siemens akan membina stesen jana kuasa itu yang mempunyai empat unit penjanaan bersama dengan setiap satu terdiri daripada turbin gas kelas H dan penjana stim pemulihan sisa haba. 

Setiap unit juga akan mempunyai turbin stim, sistem mekanikal dan elektrik berkaitan dan instrumentasi serta sistem kawalan. 

Selepas siap kelak, stesen jana kuasa itu akan mempunyai kapasiti menghasilkan kira-kira 1,480 tan metrik stim sejam bagi pembangunan PIC di Pengerang. 

"Unit penjanaan bersama pertama jana kuasa itu dijangka memulakan operasi pada pertengahan 2017 dan akan membekalkan kuasa kepada grid kebangsaan manakala unit selebihnya penjanaan bersama itu akan membekalkan tenaga kepada kemudahan PIC," katanya sambil menambah Petronas akan mengumumkan pemberian kontrak lain dalam tempoh dua tahun akan datang. — Bernama